Chalet Seraya

PENGKALAN BALAK

Pantai Pengkalan Balak terletak di dalam daerah Alor Gajah Melaka.Ramai pengunjung datang terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Dari jauh kelihatan di tengah laut perahu-perahu kecil nelayan pesisiran pantai sedang menangkap ikan dan udang. Bebagai aktiviti boleh dilakukan seperti berkelah, mandi manda,memancing dan lain-lain.

Di waktu malam pula, para pengunjung boleh menikmati makanan laut dari beberapa gerai ikan bakar di pantai pengkalan balak ini.